hati masih sakit. terluka dan masih tercalar. setiap kali mengingati masa lalu hati hancur kembali. susah untuk bangun semula setelah semua berlaku tetapi kekuatan sering datang setiap kali diri ini terjatuh. kekuatan diri yang penuh kesakitan. kadang kala bukan hati mahu semua ini. tetapi hati telah disakiti masa lalu. Bukan senang untuk memujuk hati supaya melupakan dan memaafkan. tidak mudah untuk berjalan kehadapan tanpa dibayangi masa lalu. tetapi hidup perlu bergerak kehadapan. walaupun susah tetapi hati terpaksa melepaskan masa lalu demi kebahagian yang bakal dikecapi pada masa hadapan. susahnya memujuk air mata agar tidak jatuh tatkala mendengar lagu yang sangat sentimental kepada diri dan mengingati masa lalu. susah untuk tidak mengalirkan air mata walaupun setitik apabila mendengar lagu yang senasib dengan diri. sejak jatuh hati ini mula memahami lagu dan sangat memberi kesan kepada diri. walaupun hati ini tabah melalui semuanya kerana hati ini yakin semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah. Sakit? alhamdulillah hati ini sudah lali. penat? hati penat disakiti tetapi itulah hidup untuk mengecapi kebahagian.

Kehidupan bukan sememangnya mudah untuk dijalani tetapi perlu kuat untuk menghadapi semua yang bakal berlaku. Mungkin hati ini kerap menangis. tetapi mungkin dengan cara ini hati boleh melepaskan semuanya. Bersabarlah wahai hati tiada siapa yang sempurna. Semoga hati sentiasa tabah
Kadang-kadang jatuh itu perlu untuk sedarkan diri kita yang selama ini rasa terlalu selesa sebab terbiasa terbang tinggi dan kadang-kadang gagal itu perlu supaya kita tahu erti syukur.
Hashtag Syukurrrrr!
No comments:
Post a Comment